Get your myspace layouts where I get them, at pYzam.com.
MySpaceLayouts

-->

WELCOME TO MY BLOG

Nama : Siti Khadijah bt Osman
No matrik : 210118

Friday 10 June 2011

Cara-cara Membuat Blog


1. Apa itu Blog ?

Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

2. Cara membuat blog

Untuk membuat blog perkara pertama yang perlu anda ada ialah email. Kemudian melalui email tersebut anda hendaklah mendaftar di
www.blogger.com
Apabila anda memasuki laman www.blogger.com, andakan akan melihat paparan seperti di atas. Berikut adalah langkah² yang perlu anda lakukan:
  • Klik pada butang CREATE A BLOG
  • Isikan alamat email yang sah (Cth: adysyam@yahoo.com atau adysyam@gamil.com)
  • Isikan alamat email yang sah sekali lagi
  • Tuliskan password yang anda inginkan pada kotak Enter a password
  • Isikan sekali lagi password anda tadi pada kotak Retype password
  • Tuliskan nama samaran yang yang ingin anda paparan pada kotak Display name (Cth : Ady)
  • Pada bahagian Word Verification masukkan tulisan yang dipaparkan semula kedalam kotak yang disediakan.
  • Tandakan kotak kecil pada bahagian Acceptance of terms kemudian klik anak panah Continue untuk meneruskan pendaftaran.
  • Masukkan tajuk blog anda pada Blog title (Cth : Sederhana Itu Indah) Boleh diubah kemudian
  • Masukan nama Alamat blog yang anda inginkan (Cth: maysyda) maysyda.blogspot.com kemudian continue untuk memilih template.
  • Selesai sahaja memilih template blog anda telah berjaya mendaftar dan boleh memulakan posting dengan klik butang anak panah “Start Blogging” dan terus ke posting.
  • Masukkan posting yang anda inginkan dan klik “Publish Post” untuk di paparkan.





3. Kandungan (Content) blog :

Bagi  mereka  yang  baru    mendaftar,    biasanya mereka akan bingung dan tidak tahu apa yang   perlu   di  posting   untuk   blog   mereka. Tepuk dada tanya selera, kebanyakkan ramai orang mendaftar dan membuat blog untuk tujuan persendirian (Personal Blog) anda juga boleh membuat    posting   tentang   kehidupan anda, cerpen, puisi, sajak, dan macam² lagi. Jadikanlah blog anda   dengan    gaya hidup   anda sendiri mungkin apa yang anda kongsikan akan mendapat tarikan untuk pembaca melayari isi-isi (posting) yang anda buat.

Cabaran Memperkembang Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat Bahasa

http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp3mei6.pdf