Get your myspace layouts where I get them, at pYzam.com.
MySpaceLayouts

-->

WELCOME TO MY BLOG

Nama : Siti Khadijah bt Osman
No matrik : 210118

Thursday, 14 July 2011

SINOPSIS- CABARAN MEMPERKEMBANGKAN BAHASA MELAYU DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT BAHASA



 Dewan Bahasa (November 2003: 16-24). Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat-sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat itu bukanlah penganugerahan daripada kuasa Tuhan, tetapi hasil kejuruteraan
 Bahasa Melayu pernah men­jadi bahasa perdagangan, dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangnya dalam menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi.
Untuk menghadapi cabaran baru dalam era TM dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sum­ber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat, bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi, lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan. Untuk berbuat demikian, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam TM perlu dihasilkan. Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih ban­yak pengarang, penyelidik, guru, pener­bit dan institusi penyelidikan. Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di depan kom­puter, Internet, pangkalan data dan portal.

Bukan sahaja Dewam Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan, atau Universiti Kebangsaan Malaysia bertanggungjawab memperkembang, memper­tahankan dan memodenkan bahasa kebang­saan tetapi   semua pencinta dan pejuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif.

Sudah tiba masanya  kita melakukan suatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal jalan era TM. Jika tidak, kita akan karam dalam arus globalisasi yang juga digelorakan bahasa Inggeris, selain kuasa ICT (Information, Communication and Technology). .

Masa depan bahasa melayu terletak pada kita sama ada kita boleh memperkembangnya menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber ekono­mi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk membuka pintu gerbang ilmu, men­cari mutiara maklumat, dan menaiki mahligai pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa pemodenan, sekali gus peningkatan taraf hidup

1 comment:

  1. Tugas memartabat B.Melayu bukan hanya terletak di tangan pendidik,tetapi juga semua pihak terutama pihak media yg.mempunyai pengaruh besar dlm.kalangan masyarakat.

    ReplyDelete